Secara umumnya perlakuan buli lebih
cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau
berkumpulan. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat membimbangkan dan
merisaukan semua pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan serta masyarakat.
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama manusia. Al-Quran ada menceritakan melalui firman ALLAH yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat ALLAH (yang diberikannya) kepada mu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak memanjangkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka ALLAH menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dan hanya kepada ALLAH sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakal.” (Surah al-Maidah, ayat 11)
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama manusia. Al-Quran ada menceritakan melalui firman ALLAH yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat ALLAH (yang diberikannya) kepada mu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak memanjangkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka ALLAH menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dan hanya kepada ALLAH sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakal.” (Surah al-Maidah, ayat 11)
Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan
banyak pihak terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan sosial
remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan kejadian
buli yang membahayakan keselamatan pelajar sekolah khususnya sekolah berasrama.
Tidak cukup dengan wacana sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian berkesan
untuk gejala buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja bermasalah di
sekolah. Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat menghasilkan virus
schoolafobia kerana pelajar baru takut tinggal di asrama. Institusi sekolah
terutama sekolah berasrama sering menjadi medan sebilangan pelajar menunjukkan
dominasi dan senioriti sehingga sanggup mencederakan pelajar lebih bawah
daripada mereka. Aksi tendang terajang serta ala ahli gusti dipertontonkan
untuk menunjukkan kekuatan dan pelajar baru menjadi mangsa.
Perbuatan salah
laku itu menyebabkan kecederaan, koma, patah tulang sehingga ada yang meninggal
dunia disebabkan perlakuan buli di asrama dan sekolah. Ironinya, kejadian buli
juga turut dilaporkan membabitkan sekolah yang telah diberi gred berprestasi
tinggi. Lebih menyedihkan lagi, laporan kejadian buli turut berlaku dalam
kalangan pelajar Melayu-Islam di sekolah aliran agama yang sepatutnya menjadi
teladan kepada pelajar lain. Gejala samseng membarah Sebaliknya, saban tahun
gejala samseng dalam kalangan pelajar makin membarah walaupun pelbagai tindakan
telah diambil. Peraturan sekolah tidak mampu menanam rasa takut golongan
pembuli di asrama meskipun telah banyak amaran dan tindakan disiplin dikenakan
kepada pembuli sebelum ini. Walaupun buli adalah perbuatan segelintir pelajar,
namun jika tiada tindakan segera dan proaktif, ia akan terus berleluasa serta
mendatangkan implikasi negatif yang lebih teruk kepada pelajar sama ada pembuli
atau pelajar yang dibuli. Perbuatan buli akan mencemarkan nama sekolah kerana
disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Peraturan dan undang-undang boleh pengawal pelajar supaya
lebih berdisiplin serta tidak melakukan kesalahan mencabuli hak orang lain
sewenang-wenangnya. Perbuatan buli atau gengster dalam kalangan pelajar sekolah
ini adalah kesalahan Juvana yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta
Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90). Pesalah bawah umur adalah pesalah juvana kerana
undang-undang juvana akan dikenakan ke atas mereka berumur 18 tahun dan ke
bawah.
Undang-undang Juvana dalam Akta Mahkamah Juvana 1947
(Akta 90) terbahagi kepada beberapa segmen penguatkuasaan undang-undang. Antara
undang-undang bakal dikenakan terhadap pesalah juvana termasuk pemantauan oleh
pegawai khas, denda atau kos, dimasukkan ke asrama akhlak Sekolah Henry Gurney
dan hukuman penjara jika kesalahan itu serius. Perkenal model Undang-Undang
Juvana Syariah Justeru, dicadangkan supaya satu model Undang-Undang Juvana
Syariah diperkenalkan kerajaan demi kebaikan umat Islam di Malaysia.
Orientasi undang-undang syariah akan mengambil pendekatan
harmoni dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Undang-undang itu juga
terpakai kepada remaja Islam yang melakukan kesalahan juvana. Jika cadangan ini
mahu dilaksanakan, suatu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk membentuk
Enakmen Kesalahan Juvana Syariah Negeri. Biarpun berada dalam bidang kuasa
negeri, undang-undang syariah boleh diseragamkan di peringkat nasional atas
dasar persetujuan semua negeri. Pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) boleh mengeluarkan lebih banyak bahan ilmiah untuk pelajar
bagi memantapkan sahsiah dan jati diri mereka. Sistem nilai setiap individu dapat
dibangunkan untuk membentuk aset modal insan yang akan mewarisi Malaysia
melalui usaha berterusan dan bersungguh-sungguh.
Cabaran remaja hari ini semakin kompleks dan pihak
berwajib mesti menggunakan pendekatan pelbagai demi mencari penyelesaian terbaik.
Sikap dan emosi pelajar perlu ditangani dengan penuh hikmah serta istiqamah.
Gejala buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika
semua pihak hanya bersikap endah tak endah. Usaha yang tidak sedikit harus
digembleng supaya perlakuan buli tidak berulang lagi. Ibu bapa, guru,
masyarakat dan kerajaan mesti bekerjasama demi memastikan lahirnya generasi
cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai status negara maju yang
berteraskan pembangunan seimbang, lahiriah serta rohaniah dalam kalangan
rakyatnya.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini kerana selagi masalah ini masih
berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang
bermartabat mulia dan hasrat negara kita yang ingin mencapai wawasan 2020
menjadii negara yang terbilang hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja.
Nice one.GREAT JOB MAN JADDAA WAJADA!!!
ReplyDeleteHahahah lawak lah
ReplyDeleteCasino: Vegas Shows Off A Massive $1.6M Casino
ReplyDeleteIn September 안동 출장마사지 of 2019, 김포 출장샵 a massive 김포 출장샵 $1.6 million gaming prize was given to 속초 출장안마 the Las Vegas Sands Corp. for 제천 출장마사지 a prize worth $1.6 million.