PENULISAN
ILMIAH : BUDAYA MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG AKEDEMIK 2015/2016
TAHUN 2
HMT 212: PENULISAN ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH : LAILA AMIRA BINTI ROZLI
DISEDIAKAN UNTUK : DR ANISWAL ABD GHANI
1.0 PENGENALAN
Budaya ialah suatu cara hidup yang berkembang dan
dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke
generasi. Proses kebudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap
perkembangan dari zaman-zaman teknologi batu, logam dan tembikar pra sejarah
sehingga pada zaman zejarah yang ditandai oleh kebangkitan empayar-empayar
melayu zaman Hindu dan Islam dan negara-negara naungan kolonial Barat secara
sambung-menyambung menurunkan tradisi dan nilai seta alam fikiran yang kini
menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu (Zainal Kling, 1985). Kepercayaan
bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan
realiti. Setiap tamadun mempunyai keunikan dan kelemahan yang tersendiri.
Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama,
falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai
ideal bagi meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu
tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan
memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.
Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya
kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat
khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara. Interaksi budaya India telah
tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati
dalam kebanyakkan masyarakat. Masyarakat mula mengasimilasikan budaya yang
mempunyai unsur tamadun India dalam kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat
dilihat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Ia merangkumi aspek politik,
sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana
tamadun India menekankan cara hidup berkeluarga serta komuniti yang
begitu sinonim dengan nilai ketimuran. Adat istiadat perkahwinan, pemikiran,
kepercayaan kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia
banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. Di negara Malaysia, amalan
yang masih di amalkan pada hari ini jelas menunjukkan bahawa interaksi dua
budaya telah memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani
kehidupan seharian.
2.0
METODOLOGI
KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah telah digunakan bagi menyempurnakan kajian
ini. Antara kaedah yang telah digunakan ialah
a)
Mengumpul
data dan maklumat berkaitan kajian
Pelbagai
maklumat diperlukan bagi melaksanakan kajian ini, terutamanya berkaitan dengan
asas-asas kekuatan tamadun melalui ruanglingkup budaya bagi kaum India di
Malaysia seperti pakaian, tarian, perkahwinan dan perayaan.
b)
Membuat
pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling
Pemerhatian
dijalankan bagi meneliti budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum di Malaysia,
terutamanya kaum India. Hasil pemerhatian mendapati aspek-aspek seperti
pakaian, perkahwinan dan makanan menjadi asas-asas kekuatan tamadun bagi kaum
India di Malaysia. Hal ini demikian kerana budaya mereka telah menjadi ikutan
dan tarikan kepada kaum lain seperti kaum Melayu yang mengamalkan adat
bersanding dan berinai dalam upacara perkahwinan.
c)
Mengadakan
kajian perpustakaan dan internet
Kajian
juga telah dilakukan di perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia
untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kajian ini daripada
buku-buku. Selain itu, kaedah melayari internet juga digunakan bagi mendapatkan
maklumat-maklumat terkini daripada laman-laman yang sahih.
3.0
DAPATAN
KAJIAN
PAKAIAN LELAKI DAN
PEREMPUAN
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan
bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan
Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih
dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang
emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Bagi kaum India, lelaki dan
perempuan mempunyai pakaian tradisional yang unik dan tersendiri.
Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari.
Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati
reka bentuknya. Untuk membuat sari,
sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam
yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau
tidak (Chitra Soundar, 2003). Masyarakat
yang berbeza memakai sari dalam cara yang berbeza. Wanita gujerathi memakai
pallu mereka di bahagian depan, manakala
wanita selatan India memakai sari dililit di bahagian belakang badan
mereka. Kain
sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di
atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada
pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang
dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini
lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula
adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan
ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan
menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik
yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainya. Walau
apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai
dengan si pemakai.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga
popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai
salwar kameez.
Di hari perkahwinan lelaki India memakai
dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan
dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga
dipadankan dengan baju pendek atau choli. Pakaian tradisional tamadun India
telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan
rakyat Malaysia.
Di samping
itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering
dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai
ke lutut yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada kebiasaannya, kurta
akan dipakai bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar churidar. Kurta
pajama pula merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pajama dimana
kurta pajama ini kebanyakkannya dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini
juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi
empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar
pinggang dan kaki.
PERAYAAN
Apabila meneliti perayaan orang India khasnya yang beragama Hindu,
didapati terlalu banyak perayaan yang disambut oleh mereka. Bagi kaum India di
Malaysia mereka hanya menyambut beberapa perayaan sahaja berbanding dengan kaum
India yang sememangnya berada di negara India. Antaranya ialah Deepavali,
Thaipusam dan Hari Wesak. Bilangan perayaan yang banyak ini penting kerana ia
memberikan peluang kepada para penganut untuk menyertai aktiviti agama serta
memperkuatkan lagi imannya. Perayaan seumpama ini sentiasa mengingatkan manusia
tentang perlunya kepercyaan kepada Tuhan untuk mengatasi kejahian dan
menguatkan lagi sifat-sifat murni serta akan terus mengekalkan ketamadunan kaum
mereka. Ini merupakan proses pembentukan insan yang mulia berasaskan
lunas-lunas agama.
Deepavali
Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி)
merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Secara umumnya, perayaan ini
dirayakan untuk menghapuskan segala kejahatan dan menguatkan serta memelihara
nilai murni. Pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas
kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk (M.Rajantheran,
1994). Aspek-aspek yang buruk dikikiskan
dan yang baik pula dikukuhkan di hati. Ini akan membawa ketenangan serta
keterangan, iaitu cahaya pada manusia. Sebenarnya, perayaan ini menandakan
sambutan hari kejayaan, iaitu kuasa baik
mengatasi kuasa jahat. Depavali dikenali juga sebagai Naraka-Chaturdasi-Snanam
dalambahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorangseorang raksasa
yang zalim (asura) bernama Narakasura (N.M.Idaikkadar, 1963). Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan
Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda,
Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia
agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka
yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa
agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani
mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara
penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan
bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja
bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan
lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk
rumah mereka.
Thaipusam
Hari perayaan Thaipusam merupakan
perayaan bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut
pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan
'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Pada
hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam,
iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik
tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama
Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan
bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas
bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa
Subramaniam. Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk
logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang
lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul
beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada
dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan. Di Malaysia,
pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves
sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa.
Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk
dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di
Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu.
Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain.
Oleh itu, tidak hairanlah jika
ketamadunan kaum India berterusan kerana perayaan ini merupakan satu perayaan
yang unik dan sangat berbeza dengan kaum lain. Asas-asas ketamadunaan mereka
ini telah menarik banyak perhatian dunia luar jadi tidak hairanlah akan
ketenggelaman tamaduan mereka.
Berdasarkan perayaan-perayaan tersebut amat jelas menunjukkan bahawa
budaya India mempunyai asas ketamadunan yang kuat untuk terus dipertahankan
sehingga masa kini. Hal ini demikian kerana masyarakat India mempunyai
ciri-ciri budaya yang mampu bertahan hingga akhir zaman kerana asas-asas
ketamdunan mereka menjadi tiang utama di samping mengukuhkan lagi kepercayaan
mereka. Selain itu, budaya kaum India memberikan kesan pengaruh yang amat kuat
kepada msyarakatsehingga menjadi ikutan oleh budaya-budaya lain. Hal ini
membolehkan budaya-budaya India terus kekal dalam ingatan seluruh masyarakat
kerana telah menarik perhatian banyak pihak. Oleh itu, tidak hairanlah jika
aspek budaya dalam perayaan menjadi asas tamadun bagi kaum India.
PERKAHWINAN
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga
salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut
sehingga kini. Masyarakat India amat mementingkan dan menitikberatkan adat
istiadat dan kebudayaan kaum mereka. Hal ini demikian kerana, kebudayaan dan
adat istiadat tersebut adalah merupakan jalinan kelangsungngan tamadun dan
keaslian bangsa itu sendiri.
Salah satu budaya dan adat yang masih dipegang dan dipelihara oleh
masyarakat India sehingga ke masa kini ialah budaya dalam adat perkahwinan
masyarakat India. Sebagai contohnya dalam budaya perkahwinan. Masyarakat India
amat memegang kuat kepada adat dan budaya mereka, salah satunya dalam budaya
perkahwinan.
Perkahwinan masyarakat India mementingkan perkahwinan dan upacara
ini biasanya bewarna-warni dan memakan masa selama beberapa hari. Masyarakat
India memiliki banyak upacara yang berubah disebabkan masa tradisi dan
perbezaan dalam banyak cara dari perkahwinan moden barat dan juga perbezaan
kawasan, keluarga, dan kasta. Sebagai contoh budaya perkahwinan masyarakat
India ialah pemberian ‘dowri’. ‘Dowri’ ialah pemberian emas/barang kemas
ataupun sejumlah wang atau harta daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki
(Mark Haris,1990). Walaupun, harga emas yang terus
meningkat tidak menghalang amalan pemberian ‘dowri’ (hantaran kahwin) bagi
masyarakat India dan sebaliknya menjadikan keluarga lebih inovatif dalam
memenuhi permintaan dowri. Pemberian ‘dowri’
ini adalah perkara yang wajib bagi masyarakat
India.
Walau bagaimanapun, masyarakat India pada zaman sekarang tidak lagi mementingkan sangat
mengenai pemberian ‘dowri’ kepada pihak lelaki. Hal
ini demikian kerana peredaran zaman yang telah berubah, yang menjadikan wanita
dan lelaki mempunyai taraf pendidikan yang hampir sama, dan kedudukan kerjaya
yang hampir setaraf yang membolehkan lelaki mempunyai harta sendiri dan tidak
bergantung pada pemberian ‘dowri’ oleh pihak perempuan ketika hendak berkahwin.
Pemberian ‘dowri’ ini merupakan salah satu asas
ketamadunan masyarakat India yang sehingga kini diingati oleh seluruh
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini demikian kerana pemberian ‘dowri’ ini
adalah sebagai salah satu lambang maruah pihak perempuan ketika berlangsungnya
majlis perkahwinan. Hal ini demikian kerana jika pihak perempuan tidak
menyediakan pemberian ‘dowri’ yang diminta oleh pihak lelaki, kemungkinan
maruah keluarga pihak perempuan akan mendapat malu kerana tidak mampu
mengahwinkan anak perempuan mereka. Oleh hal yang demikian, pemberian ‘dowri’
ini menjadi salah satu asas ketamadunan masyarakat India sehingga ke sekarang.
Selain itu, terdapat beberapa lagi budaya dalam
perkahwinan masyarakat India. Seterusnya ialah budaya bersanding yang diamalkan
oleh masyarakat India. Budaya bersanding yang diamalkan oleh masyarakat India.
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan
mengalungkan ‘thaali’ yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit
dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga
aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan
menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan
untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang
dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,
mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas (Chitra Soundar,2007). Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Selepas upacara ini, pengantin
akan bersanding di atas pelamin/duduk di kuil sebagai tantapan saudara mara.
Hal ini jelas menunjukan bahawa bukan sahaja masyarakat India yang menjadikan
budaya bersanding ini tetapi masyarakat Melayu juga menjadikan budaya
bersanding ini sebagai adat dalam masyarakat Melayu.
Oleh hal yang demikian, maka ini jelas budaya bersanding salah satu
budaya yang unik dan hal ini menjadi salah satu tarikan untuk masyarakat dunia
mengkaji mengenai keunikkan budaya bersanding ini sehingga menjadi ikutan oleh
masyarakat Melayu. Budaya bersanding ini jelas boleh dijadikan salah satu
asas-asas ketamadunan masyarakat India kerana budaya bersanding ini telah
menjadi ikutan yang amat meluas.
Selain daripada budaya bersanding, keunikkan pakaian pengantin
masyarakat India juga menjadi salah satu identiti dan asas-asas ketamadunan.
Hal ini demikian kerana pakaian pengantin masyarakat India sangat unik dan
melambangkan status keluarga pengantin itu sendiri.
Pengantin perempuan akan
memakai kain sari yang indah dan lebih mewah daripada kebiasaan untuk
membezakan pakaian harian dan pakaian perkahwinan. Pengantin perempuan juga
akan dihias cantik dengan pelbagai hiasan seperti inai dan barang kemas yang
banyak. Pakaian pengantin perempuan dan lelaki juga melambangkan status pihak
keluarga mereka. Jika mereka daripada keluarga yang kaya, pengantin akan
berhias dengan lebih mewah. Oleh hal yang demikian, maka jelaslah pakaian
pengantin juga merupakan asas-asas ketamadunan masyarakat India kerana pakaian
pengantin pada hari perkahwinan memainkan peranan penting dan budaya pakaian
ini tidak akan luput ditelan zaman walaupun pada masa sekarang telah banyak
budaya Barat meresap ke dalam kehidupan seharian kita.
Melalui budaya perkahwinan
masyarakat India, jelaslah terdapat banyak budaya atau adat yang menjadi
asas-asas ketamadunan yang menjadikan sesuatu tamadun itu terus dikenali dan
diwarisi dari setiap generasi ke generasi yang akan datang.
TARIAN
Tamadun
India merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik dalam aspek
kebudayaan telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik di
Malaysia. Antara kekuatan tamadun bagi kaum India dari aspek kebudayaan di
Malaysia adalah dari seni tarian. Tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang
menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia.
Salah
satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian
Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan
tradisi. Hal ini demikian kerana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun. Para penari perlu mempelajari pelbagai gerakan tangan, kaki dan
mata yang terdapat dalam aspek tarian tersebut. Tarian ini adalah merupakan
tarian warisan lama yang perlu dihormati secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India. Tuhan Nataraja ialah pencipta Bharat Natyam.
Tuhan Nataraja mempunyai sebuah kuil di sebuah bandar yang bernama Chidambaram,
di selatan India (Chitra Soundar, 2003).
Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam
tarian ini merangkumi enam
peringkat, iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam,
Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau
tarian tulen dan Nritya (Idaikkadar N.M, 1979).
Alarippu
merupakan persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari,
merupakan seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan. Jatiswaram pula
merupakan tarian abstrak, gendang mengatur rentak. Di sini, penari menampilkan
kemahiran pergerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan. Sabdam
merupakan tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau
tema cinta kasih. Varnam pula ialah pusat bahagian persembahan, merupakan
bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks
serta rumit. Padam pula ialah bahagian persembahan yang paling seksi yang memerlukan
penari meluahkan beberapa aspek cinta, iaitu kecintaan kepada Maha Kuasa atau
kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih. Akhir sekali, Thillana
pula adalah bahagian terakhir adalah tarian tulen yang merupakan kemahiran luar
biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan
penari yang menawan. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam
bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan.
Selain
itu, Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasik India. Perkataan Kathak berasal dari
perkataan India Kathak yang bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang
merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak
berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki
langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni
tarian yang dipersembahkan oleh penari. Dari
sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewi Hindu,
kemudian, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian Kathak adalah
bersifat naratif dan dicirikan dengan gerakan kaki yang cepat dan berputar.
Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Tarian Kathak
ini dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita.
Di samping itu, tarian klasik India yang lain
ialah tarian Kuchipudi. Tarian ini satu bentuk tarian dari Andhra Pradesh.
Adalah dipercayai bahawa tarian ini pernah dipentaskan hanya oleh lelaki dari
kelas imam. Borang ini juga bertujuan untuk digunakan bagi drama tarian. Pada
masa kini, terdapat lebih ramai wanita penari berbanding lelaki dan ia tidak
lagi digunakan dalam konteks teater.
Akhir
sekali, tarian Kathakali juga termasuk dalam kelompok tarian klasik India.
Kathakali adalah tarian-drama Kerala. Ia kaya dengan pelbagai jenis pakaian
tradisi mereka. Tarian ini juga dibantu oleh bunyi gendang dan diikuti oleh
penari yang melaksanakan watak-watak dari epik Hindu. Gaya ini dikenali dengan
hiasan kepala berat, topeng muka dan solekan.
Hal ini
dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian masyarakat India adalah terdiri daripada
beberapa jenis dan turut mempunyai keunikan seninya tersendiri berlainan antara
satu dengan yang lain. Matlamat sebenar tarian diwujudkan adalah sebagai bahan
hiburan dari dahulu hinggalah ke hari ini. Tarian-tarian tamadun India dapat
dilihat dipengaruhi oleh pelbagai unsur, termasuklah unsur ketuhanan mereka.
Sebagai contoh, tarian Bharata Natyam masih diamalkan sehingga ke hari ini. Hal
ini menunjukkan bahawa tarian tersebut merupakan satu kekuatan tamadun yang
diwarisi secara turun-temurun bagi kaum India. Hal ini jelaslah bahawa aspek
tarian merupakan antara kekuatan tamadun bagi kaum India bagi menunjukkan
identiti kebudayaan mereka. Oleh itu, adalah diharapkan tarian masyarakat yang
berlainan ini akan berkekalan hingga ke generasi akan datang.
KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa
sesebuah masyarakat itu dikatakan bertamadun apabila memenuhi segala
ciri dan definisi yang diberikan ahli sejarawan berkaitan makna tamadun. Salah
satu tamadun yang berjaya meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu ialah Tamadun
India. Kemasukan tamadun India di Malaysia
sememangnya membawa satu dimensi baru dalam cara hidup dan budaya masyarakat di
Malaysia. Hal ini telah menyebabkan berlaku percampuran budaya dalam kehidupan
masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia pada masa ini.
Tamadun
India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di Malaysia.
Sebuah kerajaan yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan
keseniaan yang tidak dapat ditandingi mana- mana tamadun. Secara signifikannya,
tamadun yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak zaman kolonial British telah
mempengaruhi corak kehidupan masyarakat tempatan walaupun ia wujud beberapa
abad lalu. Hal ini demikian kerana wujud unsur ketamadunan India sememangnya
sinonim dengan budaya Asia yang penuh keunikan dan nilai estetika yang tinggi.
Pengaruh
tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan
seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia
telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing
berbanding dengan negara yang lain. Secara konklusinya, aspek tarian, pakaian,
perkahwinan dan perayaan telah menunjukkan asas-asas kekuatan tamadun bagi kaum
India di Malaysia. Aspek-aspek tersebut berperanan sebagai identiti budaya bagi
sesebuah kaum, terutamanya kaum India.
BIBLIOGRAFI
Chitra
Soundar, 2003. Gateway to Indian Culture.
Singapura: Asiapac Books Pte Ltd
Idaikkadar
N.M, 1979. Latar Belakang Kebudayaan
Hindu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Idaikkar
N.M, 1963. Latar Belakang Kebudayaan
Pendudok-Pendudok di-Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mark
Harris, 1990. Sejarah dan Kebudayaan
Malaysia. Kuala Lumpur: The Pepin Press
M.
Rajantheran & S. Manimaran, 1994. Perayaan
Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd
Wan
Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (pnyt.), 1985. Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan.
Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya
Sumber
internet
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20121011/fe_01/Amalan-dowri-masih-teguh#ixzz3q4ckQgN1
Utusan Melayu (M) Bhd. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
Utusan Melayu (M) Bhd. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
No comments:
Post a Comment