J.K. ROWLING
(Fenomena Seorang Penulis)
J.K Rowling atau Joanne Kathleen
Rowling atau nama sebenar beliau Joanne Rowling ,beliau mengabungkan nama neneknya Kathleen.
J.K Rowling merupakan seorang penulis
yang menulis satu karya iaitu Harry Potter yang merupakan sebuah karya yang
menjadi suatu fenomena dan menjadi tumpuan dunia. J.K Rowling dilahirkan pada
31 Julai 1965 di Chipping Sodbury di England. Selepas penceraian pertama beliau
bersama anak perempuannya, berpindah
ke Edinburgh dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling.
Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau
mula menulis sebuah buku. Rowling berkahwin dengan Dr.
Neil Murray di rumah mereka di Scotland pada penghujung Disember 2001. Anak kedua
mereka dan anak lelaki pertama mereka, David Gordon Rowling Murray, dilahirkan
pada 24 Mac 2003, di Royal Infirmary, Edinburgh. Untuk menjaga anaknya itu,
Rowling mengatakan yang dia akan kurang muncul di khalayak ramai dan
menandatangani buku kelima yang pada ketika itu baru dilancarkan. Tak berapa
lama selepas mengumumkan yang buku keenam siri Harry Potter telah sempurna
dikarang, Rowling melahirkan anak perempuan pada 23 Januari 2005 dan dinamakan
Mackenzie Jean Rowling Murray.
J.K Rowling telah berjaya
menghasilkan 7 buah buku atau siri Harry Potter iaitu Harry Potter and the Philosopher's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban), Harry Potter and the Goblet of Fire (buku
Harry Potter and the Goblet of Fire pada 2000 menjadi buku paling laris terjual
dalam sejarah dunia), Harry Potter and the
Order of the Phoenix, Harry Potter and
the Half-Blood Prince dan Harry Potter
and the Deathly Hallows. Penhasilan karya ini juga difilemkan dan ia merupakan
satu lagi kejayaan bagi beliau kerana karyanya berjaya difilemkan dan
menjadikan beliau seorang penulis yang berjaya dan menjadi idola bagi
kebanyakkan penulis termasuk saya sendiri.
Kisah hidup kejayaan J.K Rowling begitu
menarik dan mampu menjadi inspirasi kepada orang ramai kerana ketabahan hidup
beliau dalam usaha menghasilkan karya unggul bukanlah suatu perkara yang mudah.
Enam siri Harry Potter sebelum itu terjual sekitar 325 juta naskhah terjual di
seluruh dunia. Ia diterjemahkan dalam lebih 60 bahasa. Kini ia akan muncul
dalam Frisia iaitu bahasa Jerman yang dituturkan kurang 400,000 penduduk di
sebahagian negara Jerman dan Belanda.
Beliau dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, karya J.K Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.
Beliau dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, karya J.K Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.
Menjelang musim panas pada tahun 2000, beliau telah berjaya
menghasilkan tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets,
dan Harry Potter and the Prisoner of
Azkaban telah mengaut
keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun dan ia merupakan satu
kejayaan yang patut dijadikan contoh kerana mengambil tempoh yang singkat untuk
mencapai satu kejayaan dengan usaha yang setimpal dengan hasil cetakan melebihi
35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire telah dicetak buat pertama kalinya
sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah.
Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain,
merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap
satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak
sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir
Hogwarts. Buku kelimanya,Harry Potter and the Order of the
Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003,
serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat
diterbitkan.
Pada 12.01 malam 16 Julai 2005, buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood
Prince, juga telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh
dunia. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Kastil
Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan meluangkan masa
dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, majlis
pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian daripada
pelancaran buku Harry Potter yang lain.
Harry Potter and the Sorcerer’s Stone telah diterbitkan di layar perak di
bawah arahan yang mula ditayangkan pada 16 November 2001. Pada hujung minggu
pembukaannya diAmerika Syarikat, ia telah menempa rekod dengan
keuntungan dianggarkan AS$93.5 juta (AS$20 juta lebih banyak dari pemegang rekod
terdahulu iaitu filem 1999, The
Lost World: Jurassic Park). Pada hujung tahun itu, ia telah menjadi filem
paling banyak mendapat untung kasar pada 2001. Filem bagi siri ini, Harry Potter and the
Chamber of Secrets, mula ditayangkan pada 15 November 2002 dan
menjadi filem ketiga bagi pembukaan hujung minggu terbaik dalam sejarah pecah
panggung.
Kini, J .K. Rowling telahpun menerbitkan buku ketujuh dan penamat
bagi siri tersebut pada 21 Julai 2007. Beliau mengatakan yang beliau tidak akan
menyambung lagi siri itu dan beliau ingin mencuba mengarang suatu genre yang
baru.
Pada pandangan saya, J.K Rowling merupakan seorang contoh yang
terbaik bagi seorang yang ingin menjadi penulis. Hal ini demikian kerana J.K
Rowling bermula dari bawah dimana karyanya tidak diterima dan pelbagai rintangan yang ditempuhi beliau untuk
mendapat tempat di syarikat penerbitan dan lebih daripada 10 syarikat
penerbitan buku telah menolak hasil penulisan beliau hanya kerana mereka tidak
mahu menerima buku kanak-kanak. Namun demikian, beliau tidak berputus asa dan menjual
karyanya kepada syarikat penerbitan kecil untuk jumlah sebanyak AS$4,000. J.K
Rowling juga mempunyai peribadi yang baik kerana Semua hasil
royalti buku The Tales of Beedle the Bard
yang
merupakan buku mengenai 5 cerita pendek dalam siri Harry Potter telah didermakan
oleh Rowling kepada badan kebajikan untuk kanak-kanak di Eropah Timur.Kini, karyanya
menjadi bacaan dan tontonan setiap lapisan masyarakat terrmasuk kanak-kanak,
remaja dan masyarkat dunia. Beliau telah Berjaya menempa nama dan menjadi sensasi
dunia dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, J.K Rowling boleh dijadikan contoh
untuk penulis lain kerana sikap dan idea beliau menarik minat pembaca sangat
unik dan menarik hanya melalui karya fantasi.
Kemiskinan memuat rasa takut, dan stres. Kemiskinan
itu bererti beribu penghinaan dan kesulitan. Berjuang keluar dari kemiskinan
dengan usaha Anda sendiri, itulah yang sesungguhnya menjadi kebanggaan diri
sendiri, tetapi kemiskinan itu sendiri hanya terkesan baik oleh orang bodoh.
Apa yang paling saya takut di usia saya seperti Anda? bukan kemiskinan, tetapi
kegagalan. Kegagalan mengajarkan saya hal-hal tentang diri saya sendiri bahawa
saya boleh belajar. Saya mendapati bahawa saya memiliki kemahuan yang sangat
kuat, dan disiplin lebih daripada yang saya jangkakan, saya juga menemukan
bahawa saya memiliki rakan-rakan yang nilainya sangat melebihi harga permata. -
JK Rowling"
No comments:
Post a Comment