Monday 23 May 2016

ULASAN SOSIAL MENGENAI GEJALA BULI

           Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat membimbangkan dan merisaukan semua pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan serta masyarakat.
         Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama manusia. Al-Quran ada menceritakan melalui firman ALLAH yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat ALLAH (yang diberikannya) kepada mu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak memanjangkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka ALLAH menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dan hanya kepada ALLAH sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakal.” (Surah al-Maidah, ayat 11)
Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak pihak terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan sosial remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan kejadian buli yang membahayakan keselamatan pelajar sekolah khususnya sekolah berasrama. Tidak cukup dengan wacana sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian berkesan untuk gejala buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja bermasalah di sekolah. Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat menghasilkan virus schoolafobia kerana pelajar baru takut tinggal di asrama. Institusi sekolah terutama sekolah berasrama sering menjadi medan sebilangan pelajar menunjukkan dominasi dan senioriti sehingga sanggup mencederakan pelajar lebih bawah daripada mereka. Aksi tendang terajang serta ala ahli gusti dipertontonkan untuk menunjukkan kekuatan dan pelajar baru menjadi mangsa.

budaya masyarkat india

PENULISAN ILMIAH : BUDAYA MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG AKEDEMIK 2015/2016
TAHUN 2

HMT 212: PENULISAN ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH : LAILA AMIRA BINTI ROZLI
DISEDIAKAN UNTUK : DR ANISWAL ABD GHANI




1.0               PENGENALAN
Budaya ialah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Proses kebudayaan yang telah lama berjalan melalui tahap-tahap perkembangan dari zaman-zaman teknologi batu, logam dan tembikar pra sejarah sehingga pada zaman zejarah yang ditandai oleh kebangkitan empayar-empayar melayu zaman Hindu dan Islam dan negara-negara naungan kolonial Barat secara sambung-menyambung menurunkan tradisi dan nilai seta alam fikiran yang kini menjadi jiwa dan peribadi bangsa Melayu (Zainal Kling, 1985). Kepercayaan bahawa terdapat satu tamadun atau peradaban yang sempurna adalah mitos, bukan realiti. Setiap tamadun mempunyai keunikan dan kelemahan yang tersendiri. Kekuatan sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal bagi meneliti dan mengkaji nilai-nilai ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengidentifikasikan kelemahan-kelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.
Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara. Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Masyarakat mula mengasimilasikan budaya yang mempunyai unsur tamadun  India dalam kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat dilihat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Ia merangkumi aspek politik, sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India menekankan cara hidup berkeluarga  serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran. Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. Di negara Malaysia, amalan yang masih di amalkan pada hari ini jelas menunjukkan bahawa interaksi dua budaya telah memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian.


J.K. ROWLING
(Fenomena Seorang Penulis)

J.K Rowling atau Joanne Kathleen Rowling atau nama sebenar beliau Joanne Rowling ,beliau mengabungkan nama neneknya Kathleen. J.K Rowling  merupakan seorang penulis yang menulis satu karya iaitu Harry Potter yang merupakan sebuah karya yang menjadi suatu fenomena dan menjadi tumpuan dunia. J.K Rowling dilahirkan pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury di England. Selepas penceraian pertama beliau bersama anak perempuannya, berpindah ke Edinburgh dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling berkahwin dengan Dr. Neil Murray di rumah mereka di Scotland pada penghujung Disember 2001. Anak kedua mereka dan anak lelaki pertama mereka, David Gordon Rowling Murray, dilahirkan pada 24 Mac 2003, di Royal Infirmary, Edinburgh. Untuk menjaga anaknya itu, Rowling mengatakan yang dia akan kurang muncul di khalayak ramai dan menandatangani buku kelima yang pada ketika itu baru dilancarkan. Tak berapa lama selepas mengumumkan yang buku keenam siri Harry Potter telah sempurna dikarang, Rowling melahirkan anak perempuan pada 23 Januari 2005 dan dinamakan Mackenzie Jean Rowling Murray.